Rasa dada

Badan aku mulai panas.
Dahi berdenyut.

Aku tak sanggup bicara dengan dia
Yg aku kira aku berharga dimata dia
Tapi tidak

Nafas aku laju.
Detak jantungku berdenyut lain irama.



Ya Tuhan
Mungkin terlalu pedih hati rasa kecewa.

Kecewa ini entah rasa yg ke berapa kali
Namun aku masih bisu.


Sakit dada aku kali ini
Bukan kerana sakit dada menahan batuk berkahak
Tapi sakit mempertahan air mata dari terusan jatuh
Berlinang
Membasahkan permukaan bantal kepala ku



Aku pun manusia
Ada atau tidak
Hidup atau mati

Aku tetap
Punya rasa kecewa

Fyfyng | 12.42 am | Bilik nombor Dualshock