Salam petang sayang.
Jiwa yang semalamnya kacau kerana cinta
Hari ini teguh tak menentu arahnya.
Gigih aku berpura tabah, ternyata memang itu ketabahan aku.
Sayang,
Dalam kiraan aku, tiga bulan kau tiada dalam dunia yang sama.
Tiga bulan kita berada jauh sesama kita.
Tiga bulan juga aku tak kering air mata mengenang cinta.
Memang beginikah rasa saat kehilangannya?
Sayang jangan bimbang.
Aku terus menjaga diri
Walau ada saat aku tergelincir,
Walau ada masa aku seakan tercicir.
Aku masih perbaiki diri.
Sayang,
Aku rindu saat mencintai,
dan dicintai.
Tapi bukan lagi kini.
Fyfyng | 3:33PM | Emporio Armani Baharu