Hujan Disember

Sejuk tapi tak menenangkan.
Selesa tapi tak hilangkan debaran.
Itu definisi hujan disember kepunyaan aku.

Makin lebat hujan, makin gundah hati.
Makin tenggelam matahari, makin sesak nafas berhari hari.


Aku cari cuaca yang sunyi, sepi.
Cuaca yang dingin dan tak merisaukan.

Tapi kalau cuaca sedemikian tiba sekalipun,
Hati masih lagi bimbang selagi aku di ambang disember.




Debar yang aku sendiri tak boleh kira.
Siap tak projek akhir semester?
Atau kita jumpa lagi nanti?






Fyfyng | 12:35 PM | Risau risauan.