Tarikh-Ulang-Ulangan

Assalamualaikum.

Salam sayang, salam cinta dan salam sejuta rasa.

Fyfyng harini gagahkan diri lagi acik cleaner kat office harini. Tapi mood bayek selepas boss akhirnya bagi jugak peluang gua handle sebuah portfolio company. Sebulan sudah bekerja namun gaji tiada jua. Takpela, dah niat awal awal untuk belajar lebih banyak sebenarnya. Kalau takdak gaji masuk bulan kedua, kita angkat kaki la kan?


SELAMAT ULANG TARIKH CINTA!


Apa khabar saudara yang berada nun jauh di mata? Apa khabar langit di atas bahu saudara? Apakah kelam atau berseri? Ya saya yakin dan pasti apa pun warna langit hari ini sudah tentu langit saudara berpelangi bukan?

Untuk jejaka comel yang mencuri hati ini dan membawanya berlari, terima kasih. Semoga tuhan senantiasa merahmati saudara. Usaha dan cinta yang saudara curah buat saya, buat saya kadang mudah terleka tapi terima kasih saudara yang masih setia membangun saya dari lena.

Untuk kesemua #impianhubungan yang kita war war bersama, sudah tentu ke penghujung cerita, saya mahu bersama saudara membalas jasa ke empat ibu bapa *kelak kita punya dua ibu dua bapa* kita. Saya yakin, saudara yang dipilih tuhan mendidik saya. Andai kita tak berjodohan sekali pun, pasti ada sebab setahun lalu kita bersama.

Jadi bagi meraikan hari ulang tarikh kita yang pertama, saya meletakkan 91% kepercayaan pada saudara yang sebelumnya cuma bernilai 90% sahaja. Takkan 1% je? GST pun 6% tahu? Ya saya tahu namun begitu saya telah di didik untuk tinggalkan kepercayaan sedikit pada diri sendiri.

Oleh yang demikian, selamat ulang tarikh. Biarkan mata hari ini melihat burung beterbangan, bunga berkembangan dan cinta bertebaran di ruang angkasa raya. Yakinlah bahawa cinta dan hati kita milik Tuhan. Jadi apa pun yang kita rencanakan perlulah mendapat rujukan dan redha dari Dia. Dan redha tuhan itu adalah pada redha ibu bapa.





Semoga saat berlalu perlahan agar kita dapat merakam lebih lagi momen manis manis dalam kehidupan kita.


Untuk cinta dan kuasa Dia. *angkat gelas*








Fyfyng | 10;16 AM | Minum Neskepe