Twenty two.

Assalamualaikum

Kehadapan bakal lelaki yang bakal menyambutku.
Mohon tanganmu teguh, mencapai aku dari ayahku.

Ayah bakal lepaskan aku padamu.
Saat itu, putus sudah hubungan aku dengan ayahku
Dan disambung hubungan aku dengan mu.

Hubungan yang aku maksudkan adalah hubungan tanggungjawab.
Yang bakal kau galas kelak.

Bila memikir detik yang bakal berlalu.
Aku jadi takut.
Ayah yang selama ini jadi tunjang dalam kehidupanku
Bakal hilang semua tanggungannya terhadapku
Akan ayah lepaskan aku dalam tanggungan lelaki yang bukan siapapun sebelumnya.
Atas dasar percaya padamu

Janganlah kau khianati sedikitpun percaya ayah padamu
Kerna aku sendiri gigih meraih percaya ayah padaku
Seumur hidup aku abdikan diri demi mendapat kepercayaan ayah
Bahawa aku mampu berdiri sendiri

Ayah lepaskan aku berdikari
Dan ayah biarkan aku memilih sendiri

Sayang
Saat aku kau gapai,
Ingatlah jika kau punya anak perempuan,
Kau mahu anakmu dilayan sebagai mana kau melayannya
Kau mahu dia bahagia sebagai mana dia kau bahagiakan
Kau mahu dia belajar sebagai mana kau mengajar


Jadikan aku seperti anak perempuanmu.
Nescaya kau akan menjagaku persis ayahku.








Fyfyng | 5:32PM | Sambil Periksa Kesalahan