Statik

Melihat manusia lain hilang cinta kerana kecurangan,
Aku bersyukur, aku kehilangan kau atas kehendak tuhan.
Sekurang kurangnya kita tiada dusta.


Bahagia aku dengan cinta Tuhan,
Yang lindungi aku dari rasa kesal mengenal cinta manusia.


Aku dah pun letakkan diri aku dalam masa depan
Menghabiskan sisa sarjana muda di Malaysia
Dan kemudian aku dan kenangan kita akan ke tempat lain
Itu masa depan rancangan aku masa sekarang.







Aku kena selalu ingatkan diri,
Supaya aku lebih banyak bersyukur
dan supaya lebih banyak bertaubat untuk kita


Terima kasih tuhan,
kerana kau sentiasa dengarkan doa hamba sehina aku.