Surat Cinta Untuk Si Jejaka

Assalamualaikum.

Ke hadapan lelaki yang membaca cebisan ini, dan yang pasti awak bukan lelaki saya yang sebelumnya kerana lelaki saya telah tiada (dibaca: meninggalkan dunia). Tidak kira siapa pun awak, dimana hayat pun awak berada, izinkan saya menuliskan cinta saya pada awak awak (dibaca: kalian) demi cinta yang terjalin dengan paksinya.

Seiring dengan peredaran masa, jam yang berada dihujung bucu bawah kanan komputer riba saya pada waktu ini ialah jam 5:48 AM dan bermaksud saya bangun awal, walaupun saya bukan morning person. Ya, saya tahu tulisan saya sedikit hambar, tapi baca lah. Demi saya dan perempuan perempuan lain di dunia.

Awak, saya tahu awak mahu nampak gagah dengan sifat kelakian awak, tapi akhir akhir ini awak mempamerkan sifat kelakian awak yang tak tentu hala tujunya. Kegagahan awak yang saya kira tidak berada sesuai di tempatnya membuat saya terdetik adakah awak semua gila?

Antara yang menjadi mangsa, antara gadis bodoh yang hampir binasa sebahagian akalnya kami perempuan tak sekuat yang awak sangka. Kami mungkin tabah, tapi cuma tabah dan kekuatan kami berada di hujung cerita.

Awak faham apa yang saya maksudkan? Tak faham tak apa, teruskan membaca.

Awak, demi tuhan kami menyayangi setiap lelaki yang melindungi kami tetapi adakah awak benar benar lelaki yang layak kami sayangi, sedangkan awak sendiri tidak melindungi diri dengan kekuatan dan kegagahan yg awak perolehi.

Awak, akal awak mungkin panjang, ilmu awak mungkin lebih tinggi dari kami, tubuh awak mungkin berganda sasanya setelah dumbell jadi permainan harian awak, tapi adakah layak segala sifat kelakian itu awak cemari dengan nafsu yang cuma satu awak miliki?

Apa guna akal, ilmu, tubuh yang menggambarkan segala kekuatan tapi awak lemah menjaga nafsu sendiri? Awak manipulasikan akal kami yg pendek, ilmu kami yg kurang dan tubuh kami yang tentunya lebih lemah dari awak. Tapi awak tahukan tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegarkan dunia? Tahu kan? Carilah lirik lagu Sumayyah kalau tak tahu.


Kami, sebagai perempuan perempuan yang terlalu mendambakan jawatan bidadari syurga walau kami tak selayaknya. Mahu menjadi antara ribuan penghuni yang bakal bertemu jejaka jejaka yg turut menjadi penghuni syurga. Tapi tanpa lindungan kalian terhadap kami, terhadap nafsu kalian mampukah kami menjejakkan kaki ke sana?

Ahh bosannya saya menaip entri serupa ini untuk kalian baca (walaupun tiada yg membaca, sobs).


Senang cerita, awak kawallah nafsu awak ditempat pertama, dan jangan gunakan akal yg panjang untuk memperdaya kami. Jika awak membantu, mungkin lebih mudah jalan kami ke syurga kan?

Salah kami kalau aurat turut terdedah sama, tapi kalau awak mampu tahan sikit, kuatkan diri seperti gagahnya tubuh badan awak, dan membantu kami berfikir tubuh kami tak menggiyurkan dan tak menarik pandangan mana mana lelaki, mungkin kami berubah dan lebih menjaga nya kan?


Awak faham ke tidak isi surat ni? Hmmmm hambarnya.

Saya cuma nak bagitau, Protect the woman, treat them with goodness and respectful bukan sahaja untuk ibu awak, tapi untuk segala macam perempuan yang berada di sekeliling awak. Walaupun dia bukan jodoh awak, jagalah dia untuk bakal jodohnya.

Izinkan saya undurkan diri ini, sebagaimana berundurnya seorang pemidato dari pentas pidatonya dan sebagaimana berundurnya seorang penari dari pentas tarinya.

Jaga iman, jaga hati.
Jaga jaga kerana anda sedang diperhati.

Gittew.





Salam sayang,
Antara jutaan perempuan, Fyfyng.

















Fyfyng | 6:13 AM | Bersama Otak Gastrik