Assalamualaikum.
Apa khabar saudara? Sedang duduk mengulang kaji atau sedang ligat bermain teka teki? Dan bagaimana teka teki cinta yang saya beri, sudahkah saudara memikir jawapan?
Tak mengapa saudara, tak mengapa. Saya tak perlukan jawapan sepantas kilat dari saudara. Saya rela ditinggalkan dengan tanda tanya dari ditinggalkan oleh saudara.
Sudah berada di penghujung Jun. Saya masih lagi makwe yang serupa, bukan yang suka berfoya foya. Saya sedang menjalani kehidupan sebagai mahasiswi sebuah universiti yang saya kira persekitarannya indah dengan kehadiran saudara di depan mata.
Pertama kali kita bersua, walau tak seindah cerekarama mahupun akasia, namun kita tetap membekukan seluruh masa, mengembangkan setaman bunga, membuat sekawan burung terbang bebas diudara, dan melembutkan hati manusia dan terbuka mengenal cinta. Saudara ingat itu mudah untuk dilakukan?
Saudara, kita punya cita cita dan cinta yang perlu ditunaikan dan dilabuhkan tak tahu pada siapa. Saya kira saudara yang jauh lebih matang dari saya mungkin lebih arif perihal cinta dan cita, mampu mengajar saya cara membezakan kedua nya.
Seawalnya saya tak tahu kepada siapa perlu saya tujukan warkah ini, kepada saudara mana yang bakal membacanya. Tapi saya tahu, apabila saudara membaca isinya, sudah tentu saudara tahu warkah ini untuk saudara sendiri.
Saudara, teruskan lah senyuman manis itu mekar di bibir saudara, biarkanlah kawanan burung itu masih tetap bebas diudara, izinkanlah berkembangnya setaman bunga dan pedulikan pembekuan seluruh masa yang kita pernah cipta. Supaya apa yang saya rasa, masih lagi dapat saya rasa dan apa yang saya rasa turut dirasa saudara jua.
Ini bukan warkah cinta yg penuh noda, ini cuma warkah cinta yang tak kenal siapa pemiliknya.
Fyfyng | 11:46 PM | Esok nak jawap exam